Sunday, November 27, 2011

Rancangan Harian Pemulihan BM

Kemahiran asas menulis 2

Perhatikan lagi gambar berikut.
Gambar 3
Gambar 4


Gambar 3 dan 4 adalah postur murid semasa menulis. Jika keadaan ini berlaku, guru kena perbetulkan segera kerana postur menulis ini adalah tidak betul dan sebenarnya tidak selesa.

Minta murid menulis dalam keadaan postur duduk yang tegak dan pastikan ada jarak antara 
penglihatan ———> buku.

Guru juga perlu perbetulkan cara murid memegang pensel supaya tulisan murid menjadi lebih kemas. Perhatikan gambar 4. Gambar menunjukkan cara memegang pensel yang tidak betul.

Selain daripada masalah yang dinyatakan di atas, guru boleh menggunakan kreativiti dan kebijaksanaan sendiri untuk membantu murid menulis dengan betul dan sempurna.

Aktiviti menulis boleh digabungkan dengan aktiviti permainan bagi mengelakkan murid berasa bosan. Saya sendiri kerap menggunakan kuiz bertulis sebagai salah satu aktiviti. Muzik latar juga boleh dipasangkan sebagai menarik minat murid ketika menulis.

















Kemahiran Asas Menulis


Perhatikan perbezaan gambar di bawah.

Gambar 1




Gambar 2














Gambar 1 menunjukkan kesilapan menulis yang sering terjadi kepada setiap murid. Bentuk huruf yang tidak betul dan membentuk huruf yang senget. Setelah melalui beberapa siri pembetulan, barulah hasil kerja murid dapat diterjemahkan seperti yang dapat dilihat dalam gambar 2.

Penggunaan pensel yang kurang sesuai juga salah satu punca murid melakukan banyak kesilapan semasa menulis. Perhatikan semula gambar 1, murid tidak mengasah pensel dan menulis dalam keadaan mata pensel yang tidak tajam.

Berbanding dengan gambar 2, setelah menggunakan pensel jenis HB dan diasah tajam, murid dapat menghasilkan kelainan. Guru tidak perlu memadam latihan murid.
Sebaliknya, jadikan ia sebagai contoh agar murid tidak mengulangi kesilapan yang serupa.

Sebab-sebab wujudnya murid PEMULIHAN


  Ibubapa lepaskan tanggungjawab bulat-bulat kepada guru-guru semata dan sekolah umpama “pusat jagaan anak percuma dan murah”. Rajin semak buku, beg, handphone, jumpa guru tanyakan perkembangan anak dan lain-lain lagi….

  Pelajar itu sendiri mesti ada kemahuan untuk belajar.

  Realitinya, ada kawasan di mana tidak wujud pembelajaran permulaan seperti tadika, KEMAS ataupun prasekolah. Jadi bagaimana murid yang tidak pernah ke tadika atau prasekolah untuk menghadapi pelajaran tahun 1, sedangkan kurikulum sekolah rendah hari ini tiada lagi sukatan untuk mengajar huruf ABC tetapi terus kepada membaca.

  Umpama diajar berjalan walaupun tak pandai merangkak. Maka ada guru  di sekolah terpaksa mengajar kembali dari asas dan ini menyebabkan guru terpaksa keluar daripada sukatan pelajaran. Andai kata ikut sukatan, maka akan ada yang ketinggalan.

  Kepada rakan guru, usahakanlah dan kerahkan sepenuh tenaga dan daya untuk tingkatkan tahap pembelajaran anak murid terutama mereka yang masih lemah dalam menguasai 3M. Usaha anda sangat dipuji oleh masyarakat.

Saturday, November 12, 2011

Mengajar Menguasai Suku Kata


Salam sejahtera.
Semoga anda ceria dan sihat sentiasa, dikurniakan akal fikiran yang waras dan cerdas untuk sama-sama berbuat baik sesama insan. Setelah murid menguasai abjad, guru perlu mengasingkan kumpulan murid ini dalam kumpulan lain untuk mereka mempelajari kemahiran suku kata.
Murid mesti belajar menguasai asas suku kata terlebih dahulu iaitu suku kata KV. Andaikan dalam kelas ada 6 orang murid yang akan belajar kemahiran suku kata KV. Guru mesti ada bahan bantu mengajar yang seperti berikut :

·          kad imbasan suku kata pelbagai bersaiz 1/4 A4      
*          * kad imbasan suku kata pelbagai bersaiz A4
·     lembaran kerja suku kata bergambar
·          *  kad imbasan bergambar (tanpa sebarang abjad)
·          *  kad permainan – puzzle suku kata